Latest News

BIODATA RASULULLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

BIODATA RASULULLAH ﷺ

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim

Tarikh lahir Subuh hari Senin, 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571 Masehi
(Tahun Gajah karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak RASULULLAH ﷺ).
Ibu susu pertama :
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua :
Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah,
suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada RASULULLAH ﷺ yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah,
baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak RASULULLAH ﷺ)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda ﷺ dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang
nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar.
Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia MUHAMMAD ﷺ ialah 14 atau 15 tahun. Baginda ﷺ menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul ' :
Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda ﷺ bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kawin Baginda ﷺ kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

RASULULLAH ﷺ diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal
dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal / 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan RASULULLAH ﷺ di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin,
12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH ﷺ

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH ﷺ

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH ﷺ

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi
(anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkawin dengan RASULULLAH, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH ﷺ

Dari Thuwaibah dan Halimah As Saadiyah,
Rasulullah ﷺ mendapatkan 8 saudara sepersusuan :

1. Masruuh
2. Hamzah
3. Abu Salamah bin Abdul al Asad al Makhzumi
4. Kabsyah bin Harits bin Abdul Izzi
5. Abdullan bin Harits bin Abdul Izzi
6. Anisah binti Harits bin Abdul Izzi
7. Hudzafah binti Harits bin Abdul Izzi
8. Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muthalib

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH ﷺ
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

Catatan :
* masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda RASULULLAH ﷺ :
"Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam Syurga"
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Semoga bermanfaat
Silahkan share

Sumber :
Sirah Nabawiyah
Ibnu Hisyam

FOTO MASJID



Allaahumma sholli 'alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'alaa aalihi wa shobihi wa sallim


Di tulis ulang dari grup / halaman facebook :

Asshulaha Sayyidil Mursaliin ke SEJARAH ULAMA DAN KARAMAHNYA

Di dalam grup tersebut tulisan ini di publikasikan oleh :

Asshulaha Sayyidil Mursaliin ke SEJARAH ULAMA DAN KARAMAHNYA


Semoga Allah memberikan kebaikan dan manfaat atas tulisan ini bagi kita semuanya, Amin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Kredit Gadai BPKB di Mega Central Finance Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Gambar tema oleh Bim. Diberdayakan oleh Blogger.
Published By Gooyaabi Templates